Sunday 19 April 2009

Perjuangan dan pengorbanan

Salam ukhuwah....

Dalam perjuangan terdapat pengorbanan, dalam pengorbanan ada perjuangan. Begitulah lumrah di dalam kehidupan berjemaah. Setiap manusia akan diuji oleh Allah s.w.t. Baik yang tua atau yang muda. yang sihat atau yang sakit. Itulah yang akan dihadapi oleh semua manusia yang bernyawa di atas muka bumi ini. Seperti firman Allah s.w.t:

.:adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan sahaja berkata 'kami telah beriman' tanpa mereka diuji:.
.:dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.
(alankabut:2&3)

...dan ketahuilah, Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya...
(albaqarah:286)

Demikianlah janji Allah s.w.t yang dinukilkan di dalam kitab suci al quran. Jadi, bagi yang diuji oleh Allah s.w.t, bersabarlah dan redha. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku terdapat hikmahnya. Kadang kala penulis merasa cemburu dengan orang yang diuji oleh Allah s.w.t. Dia diuji oleh Allah s.w.t bermakna Allah s.w.t sedang ingat akan dia. Betapa besarnya nikmat yang diberikan oleh Allah s.w.t. Yang penting adalah yakin dengan janji-Nya. Tepuklah dada dan tanya iman..

Thursday 2 April 2009

Gantung dan zalim

Salam Ukhuwah

Terasa lama dah tak menulis. Terasa kekok la pulak. Memandangkan dengan keadaan sekarang dipaksakan diri juga untuk menulis. Penulisan saudara boleh menjadi salah satu wadah atau ‘medium’ di dalam perjuangan untuk menegakkan agama Allah s.w.t di atas muka bumi ini. Kebebasan bersuara di bumi Malaysia sekarang semakin menjadi tidak adil. Akhbar yang selama ini menjadi lidah yang benar telah digantung seperti menggantung orang yang benar dan jujur walaupun ianya melakukan perkara yang betul. Ini lah dikatakan ZALIM. Zalim bermaksud meletakkan sesuatu perkara atau benda bukan pada tempat yang betul. Jadi adakah penggantungan tersebut kena pada tempatnya. Antum-antum fikirlah sendiri. Janganlah menjadi seperti Firaun yang menzalimi rakyat dan dirinya sendiri akhirnya dilaknat oleh Allah s.w.t


Sibuk diperkatakan Negara ini Negara demokrasi. Tetapi perlaksanaannya HAMPEH. Di mana KEBEBASAN???? Pernah YB Haji Abdul Wahid Endut dating ke Sarawak dan beliau menceritakan bagaimana Tuan Guru Nik Aziz dah menjadi Ketua Menteri Kelantan selama 18 tahun. Tetapi di dalam masa tersebut, Tok Guru tidak dibenarkan dan dihalang dari muncul di dalam kaca-kaca televisyen. Yang ada pun hanya temuramah untuk TVBN. Begitu juga dengan di gelombang-gelombang radio. Beliau tidak dibenarkan untuk member amanat walaupun kepada rakyat negerinya sendiri. Yang pernah pun Tok Guru berkumandang di radio hanyalah di stesen-stesen radio berbahasa siam. Walaupun begitu bahasa siam agak sama dengan bahasa di Kelantan. Ini lah realiti Malaysia sekarang. Penulis berharap ianya tidak seperti dulu, kini dan selamanya tetapi DULU, KINI dan BERUBAH.

Saturday 28 March 2009

UPDATE

UPDATE!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday 22 January 2009

Salam perjuangan....

Assalammualaikum dan salam ukhuwah. Sudah agak lama saya tidak menulis di dalam blog ini. Ini kerana kebelakangan ini, terlalu sibuk dengan kerja dan jemaah. terlalu banyak program sehinggakan terlupa sekejap dengan blog ini. Kalau online pun, saya selalu maintainance blog pemuda. klik sini untuk mengunjungi blog pemuda sarawak, http://www.pemudasarawak.wordpress.com/ Mungkin ini sahaja untuk waktu ini, Afwan...

Monday 8 December 2008

Selamat Hari Raya Aidiladha


Buat semua yang membaca posting, saya ingin mengucapkan selamat hari raya aidiladha. semoga segala amalan dan perbuatan kita mendapat keredhaan Allah s.w.t. moga-moga ianya dibalas dengan syurga dan redhaNya. Teruskan perjuangan di dalam kehidupan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.

Wednesday 26 November 2008

Kesihatan anugerah Allah s.w.t


"Betul, gelang ni yang sihatkan saya" kata seorang pak cik kepada saya. Gelang yang pak cik maksudkan itu adalah gelang magnetik yang mampu mengeluarkan elektron negatif dari badan supaya badan kita sentiasa seimbang dengan elektron negatif dan positif. kata pak cik itu lagi " gelang ni dibuat dari teknologi yang terbaru, gerenti berkesan punya". saya hanya mampu tersenyum sambil mengangguk. bukannya apa, gelang tersebut berharga rm200. pak cik tu pun beriya-iya menyuruh saya membelinya.

Ini lah fikiran manusia sekarang. mereka percaya bahawa gelang tersebut yang memberi kesihatan kepada mereka. tetapi mereke lupa bahawa ada suatu Kuasa yang lebih Hebat!! daripada gelang tersebut. sudah tentu kuasa tersebut adalah Allah s.w.t. walaupun terdapat pendapat yang mengatakan bahawa ianya adalah salah satu dari usaha. ya, memang betul ia adalah usaha, tetapi jangan lupa bahawa kesihatan itu adalah anugerah dari Allah s.w.t. maka jika mendapat anugerah dari Allah s.w.t hendaklah disebut Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) bukannya, "saya sihat sebab saya makan ubat tu", "barang ni bagus la, pakai ja terus sihat". percakapan begini boleh membawa kepada perkara yang kita semua takuti, iaitu syirik secara diam, iaitu syirik yang kita sendiri tidak tahu bahawa kita sedang melakukannya. nauzubillah. moga-moga Allah menjauhkan kita dari melakukan perkara tersebut.

Muhasabah kan diri dan sentiasa berharap kepada Allah bukannya selain dari-Nya.. waullahualam...

Tuesday 18 November 2008

Fitnah media

Ana baru ja terbaca satu kolum di dalam harakah daily mengenai fitnah yang dihadapi oleh MB perak berkaitan dengan mengasari seorang wartawan. memang menjadi lumrah untuk seseorang yang berpengaruh seperti beliau mendapat tempias fitnah dari pihak media yang bersangkutan dengan kerajaan. fitnah dari pihak media ini berlaku sejak dari dulu lagi. apa yang ana risaukan adalah pihak yang difitnah tidak dapat mempertahankan diri dengan memberi penerangan yang betul oleh media. oleh itu, bagi yang tidak tahu akan kebenarannya akan ditipu bulat-bulat oleh media massa sekarang. bagaimana pula dengan penduduk kampung pendalaman yang tidak mempunyai kemudahan untuk mengetahui perkara yang sebenarnya contohnya internet dan harakah. mereka hanya bergantung kepada media massa yang begitu ketara menjadi kelibat kerajaan di dalam memburukkan pihak yang benar.